Tuesday, September 23, 2014

MY 1ST WEDDING CAKE ORDER

Assalamualaikum....

Selalu wat order dari customer untuk event birthday and makan2 je. Untuk wedding lom pernah wat lagi. So saya yakin saya mampu buat yang terbaik!!! 

Yang ni order dari regular customer saya, before this beliau selalu order RAINBOW CAKE. Tapi untuk wedding dia decide nak CHEESE CAKE. Customer saya ni kan memang terbaik lah sebab dia xbanyak ragam, xcerewet. Saya suka...saya suka :))

Saya suggest buat cupcake & sebiji kek je on top of it. Ala2 moden la kan. Ekceli tk nak deco heavy2 la tu...eheheh...Saya kan lom terror lagi so to be save wat yang simple but nice.

Tema utk wedding beliau ialah SOFT GREEN. Tak susah pun nak cari decorations for cake tu sebab sudah saya katakan ianya simple je. Customer xnak deco yang heavy2. Less is better right??!

Customer saya ni melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada 31 Ogos 2014 yang lalu. Tahniah yer kepada pasangan mempelai.

Saya sangat2 berterima kasih kepada customer saya kerana meletakkan sepenuh kepercayaan untuk menghasilkan kek beliau. Alhamdulillah saya sudah buat yang terbaik. Feedback dari customer pun sangat berpuas hati. Itu pun sudah membuatkan saya rasa senang hati.

Choc Cheese Cake tu size 8". Frosting kat layer (bhgian dalam) Choc Fresh Cream. Frosting kat luar Cream Cheese.

Cupcake sebanyak 50 pcs dan beliau telah memilih perisa Cheese. So saya wat la Butter Cheese Cupcake. Frosting Cream Cheese dan saya letakkan sugar flower yang cute2 tu. Beli kat kedai bakery je.

Jom cuci mata tengok2 kek kat bawah. 










Ribuan terima kasih jugak kepada mak saya yang tercinta dalam membantu sepanjang proses pembuatan kek tu. Mak memang pakar bab2 gubah bunga ni >_< ehhehe.


Sekian, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)