Wednesday, September 24, 2014

CRISPY ONION RING

Assalamualaikum and good morning :)

Home made Onion Ring sedap jugak tau setanding dengan yang beli. Tak percaya???! Ok sila tengok resipi kat bawah nanti yerr.

Saya pun 1st time jugak mencuba resipi ni dan ternyata ohsemm, rangup, gebu, lembut dan kembang cantek je. Bagi sesiapa yang xminat makan bawang kalau try buat Onion Ring ni sure makan berkali2. Tak percaya sila cuba sendiri.

Adunan / batter ni haruslah di sediakan dan di simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Tapi saya simpan selama 5 minit je. (Malas nak tunggu lama2...hehehe) Dari pemerhatian saya batter harus di simpan dalam peti sejuk sebab nak bagi bahan2 bertindak balas dan sebati.

Untuk batter ni saya guna 2 biji bawang besar je. Hasilnya banyak dan cukup2 utk 1 adunan batter tu.Batter JANGAN TERLALU CAIR, biar pekat dan disaluti bawng tu nanti. Minyak haruslah panas bagi membantu batter masak cantek dan kembang sekata. Di sarankan guna tepung Self Raising untuk menghasilkan Onion Ring yang gebu gebas.

Bawang haruslah di potong bulat2 dan leraikan satu persatu. Bahan2 pun xbanyak and sure memang ada stock kat dapur masing2. Mula2 saya sediakan batter dulu pastu simpan lam peti ais dan barulah potong bawang. Jommm tengok resipi kat bawah.





Crispy Onion Rings

Bahan-bahan :

2 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan air sejuk 
Serbuk lada sulah
Garam 
Gula
Sedikit pewarna kuning  (sy tambah)


Cara-cara :

Satukan kesemua bahan kecuali bawang ke dalam mangkuk dan sebatikan. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk selama 5-10 minit.
Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas.
Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah sehingga keemasan. Toskan.
Hidangkan bersama sos cili. Sangat enak dimakan pada bila-bila masa sahaja.


***Jika adunan/batter kurang pekat, sila tambah tepung. 



Selamat Mencuba ;)

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)