Monday, October 28, 2013

Menembusi Idea Futuristik, Khayalan Bangun Pagi

halu semua...(entry kulapuk berlumut dan fosil) Setelah berbulan meninggalkan, kembali dengan lagi dengan entry khayalan di awal pagi. air pancuran shower membawa pikiran ke dimensi futura..dimana manusia hanyalah berbadan kan manusia, bertenagakan elektrik/bateri, tetapi berakalkan memori dan kenangan manusia di zaman lampau(sekarang). Entry yang telah berbulan aku tinggalkan, bersama khayalan yang mula luput perlahan-lahan. Ianya bukanlah khayalan, tetapi lebih kepada bawaan mimpi yang masih menginding akal fikiran. Seperti cerita In Time begitulah juga khayalan ku, tetapi bukanlah tempoh hayat nyawa jadi taruhan, tetapi memori masa lampau(sekarang) menjadi rebutan. Kerajaan futura mahu menguasai pemikiran manusia, manusia sejati jadi taruhan, robot berbadankan manusia mula ingkar akan arahan akal. Lantas semua nya dikawal fizikal. Umpama robot masa kini yang mengikut punat kawalan, begitulah manusia di akhir zaman.Mengikut khayalanku. Hari ini genaplah 3 bulan lamanya entryku di dalam simpanan draft. Idea futura masih terngiang-ngiang,namun sulit ku gambarkan dengan tulisan. Mungkin di entry akan datang, idea futura tentang kehidupan.

NIAH CAVE TRIP PART 2 (ENTRY BERGAMBAR)



































Entry kali nie aku akn upload gamba je k...mls nak ckp byk..korang tgk gamba je sudah..papai!:)

URIMANYA NIAH CAVE!!




Assalamualaikum and have a great day everyone!!! Lama da menyepi diri nak buat entry kat blogger, di samping bagi ruang kat another author nak masuk entry dorang gak.. Hari isnin hari malas sedunia, so aku rasa malas sangat nak buat kerja, nie nak tulis entry aku gagahkan jua tangan dantak untuk menyusun ayat supaya tak serabai sangat ayat... Okay, mukadimmah xpayah nak panjang sangat, ayat pun lintang pukang, so actually entry kali nie nak cerita sesikit and sebanyak pasal trip ke Niah Cave and Pantai Bungai on 26/10/2013, last weekend... Hey! i know u guys akan baca entry nie so menyebabkan aku agak naves2 cicak nak susun ayat supaya nmpk kewl...and sesuai ngn keadaan..hehe...where shud i start!?! (it takes me 30 minutes to start!!) On friday 25th before trip hujan turun dengan lebat, so ktorg decide mmg cancel trip ke niah, takut nnti berenang plak sejauh 9 km ke gua kan, so proceed ngan plan trip ke bungai sahaja. But on the next day, matahari xmalu2 dah nak tunjuk diri so ktorg pun dengan 'SEMANGAT'meneruskan plan g Gua Niah. Bertolak dari Miri dalam pukul 10.30, timbul juga kerisauan di hati kecil, takut ketelatan sampai ke Gua, tapi sebab ktorg ramai, xjadi masalah kot kalau sampai malam pun. Dalam perjalanan ke Niah ktorg singgah ke Pantai Bungai untuk check-in chalet dan meneruskan perjalanan ke pekan Bekenu(juga dikenali sebagai KL No 2) dalam kalangan rakan trip.Hahaha...kena korang kan Hazrin n Najib. Ktorg singgah Bekenu untuk lunch before teruskan perjalanan ke Niah. Perjalanan mengambil masa dalam satu jam, so ktorg sampai ke Gua Niah kira2 pukul 2 petang. Keterujaan rakan2 yang belum pernah menjejakkan kaki ke Gua Niah disambut baik oleh lensa. Click!
Seperti yang telah saya cerita kan di entry yang lepas, perjalanan ke Gua Niah terlebih dahulu perlu menyeberangi Sg Niah, perjalanan bot singkat, xhabis sebaris ayat.hahaha.. Okay, strt dari sini, leyt the picture tell u the part of the story la..nak sambung kije jap...nnti petang saya update part 2


Thursday, August 1, 2013

Jang Ok Jung, Greatest Love Till The End of Her Life...


Jang Ok Jung, first Korean historical muvie yang aku tengok sampai habis selain The Fugitive Of Joseon. But compared to the TFOJ, Jang Ok Jung lebih menarik sebab based on true story. Ironiknya, jalan cerita sebenar yang diceritakan oleh Mr. Wiki adalah berentangan dengan jalan cerita muvie, which is, the king of Joseon, King SukJong is willingly to punish Ok Jung with a death sentence. Have to refer Korean history book :P

Jang Ok Jung( Kim Tae Hee) adalah seorang gundik yang amat disayangi raja SukJong(Yoo Ah In), bermula sebagai istanawati di istana Raja, pertemuan pertama kali membibitkan perasaan cinta di hati raja, lantas dijadikan Ok Jung sebagai gundik diraja. Amatlah berdukacita permaisuri Joseon pada ketika itu, permaisuri In-Hyun(Hong Soo-Hyun) namun kerana kelembutan hati dan kasihnya pada raja, In hyun banyak berdiam diri daripada berlaku kejam seperti dalam kebanyakan cerita 'royal affair'. Namun ada juga ketikanya, ketika rasa menggunung ingin memiliki raja, serta hasutan para bangsawan yang tamakkan kekuasaan pemerintahan, permaisuri In Hyun berkompromi menjatuhkan Ok Jung dengan bertujuan mengusirnya daripada istana.



Mungkin kerana sifat luarannya, Ok jung kelihatan sama seperti gundik diraja yang lain, setelah diangkat sebagai gundik, ketamakan takhta permaisuri pula didamba. Mungkin pada luaran nya ya, tapi kerana hebatnya kuasa cinta dan ingin memiliki, Ok jung sanggup melakukan perkara yang amat dimurkai istana. Meracuni dirinya sendiri semata ingin ditabalkan permaisuri.

Amatlah kasihan pada permaisuri In hyun, diturunkan takhta dan diasingkan daripada istana, hingga kembali ke rumah asalnya. Kerana patahnya hati dan mengenang nasib diri yang dibuang raja, kesihatan permaisuri In Hyun cukup terjejas. Desakan ayahanda  ingin menebus kembali takhta dan maruah keluarga diraja yang dipegangnya, permaisuri In hyun berkompromi bersama salah seorang istanawati diraja dan seorang bangsawan dari kerajaan Qing, Chi Soo(Jae Hee) yang juga adalah kenalan lama kepada Jang Ok Jung dan memendam cinta terhadap gundik kesayangan raja itu.

Rancangan nya berhasil, permaisuri In hyun kembali ke istana dan merampas kembali takhta permasuri, Jang Ok Jung diturunkan menjadi Hee - Bin, bagaimanapun, para bangsawan tetap tidak berpuas hati atas tindakan raja yang masih membenarkan Ok Jung tinggal di istana. Istanawati yang diangkat menjadi gundik ke3 Choi Suk Bin( Han Seong Yeon) pula beralih arah. Bijak memanipulasi keadaan merupakan satu kelebihannya.

Plot cerita berlalu semakin pantas, terlalu banyak klimaks di akhir cerita, melihatnya permaisuri In Hyun mangkat, sebelum kemangkatan nya, terlerai ikatan sahabat antara permaisuri In Hyun dan Ok Jung, permusuhan selama ini hanya berlandaskan cinta kepada sang raja dan rasa memiliki yang mendalam. Dan di akhir cerita tercetusnya klimaks di mana gundik Choi memfitnah Ok jung dengan mengaitkan kemangkatan berpunca daripada Ok Jung yang menyihir permaisuri hingga mangkat, walaupun yang keadaan sebenarnya Ok Jung berbuat demikian untuk anaknya, Yoon.

Pengakhiran cerita melihat dimana raja dengan berat hatinya tedesak dengan ancaman para bangsawan dan ketiadaan bukti untuk membela kekasih hati Ok Jung, Raja SukJong menjatuhkan hukuman mati, dengan syarat Ok Jung sendiri yang mengambil nyawanya. Racun diminum demi cinta hati, hilanglah nyawa dari badan, perginya Jang Ok Jung, tinggallah raja menderita merindui.......... T.T