Monday, October 28, 2013

Menembusi Idea Futuristik, Khayalan Bangun Pagi

halu semua...(entry kulapuk berlumut dan fosil) Setelah berbulan meninggalkan, kembali dengan lagi dengan entry khayalan di awal pagi. air pancuran shower membawa pikiran ke dimensi futura..dimana manusia hanyalah berbadan kan manusia, bertenagakan elektrik/bateri, tetapi berakalkan memori dan kenangan manusia di zaman lampau(sekarang). Entry yang telah berbulan aku tinggalkan, bersama khayalan yang mula luput perlahan-lahan. Ianya bukanlah khayalan, tetapi lebih kepada bawaan mimpi yang masih menginding akal fikiran. Seperti cerita In Time begitulah juga khayalan ku, tetapi bukanlah tempoh hayat nyawa jadi taruhan, tetapi memori masa lampau(sekarang) menjadi rebutan. Kerajaan futura mahu menguasai pemikiran manusia, manusia sejati jadi taruhan, robot berbadankan manusia mula ingkar akan arahan akal. Lantas semua nya dikawal fizikal. Umpama robot masa kini yang mengikut punat kawalan, begitulah manusia di akhir zaman.Mengikut khayalanku. Hari ini genaplah 3 bulan lamanya entryku di dalam simpanan draft. Idea futura masih terngiang-ngiang,namun sulit ku gambarkan dengan tulisan. Mungkin di entry akan datang, idea futura tentang kehidupan.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)