Friday, July 26, 2013

Ayam Black Pepper utk Iftar


As salam & Selamat Pagi Petang....

Dah 2 hari sy x sihat, sakit demam mlanda diri ini. Badan pun rasa lemah & sejuk je. Tapi petang semalam sy sempat myediakan juadah berbuka puasa iaitu Ayam Black Pepper. Mudah je menyediakannya. Ayam ni sy rebus sebentar & masak dlm oven. Jika ada kelapangan blh lah mcuba selain itu dpt memberi kelainan dlm masakkan ayam. 

Tujuan ayam di rebus sebentar utk mlembutkan isi ayam. Air rebusan ayam jgn di buang blh di simpan dlm peti ais utk di jadikan stok ayam, so selamat utk kanak2 sbb xde bhn pengawet. Cthnya kt pakai kiub pati ayam/stok ayam kan x elok utk kanak2. 

Selepas di letak perasa dan bhn sampingan bolehlah dimasak dlm oven selama 1jam. Jom try test resipi kat bawah. Selamat Mencuba~




BLACK PEPPER CHICKEN

2 ketul paha ayam (di belah 2)
halia
sos tiram
kicap manis
serbuk lada hitam
serbuk secukup rasa maggi
ubi kentang (di potong)
lobak merah (di hiris)
tomato (di hiris)
bawang besar (hiris bulat)
sedikit mentega  (suhu bilik)

CARA - CARA 
1.  Rebus ayam dlm air mendidih selama 10-15 minit. Selepas itu, toskan.

2.  Sediakan loyang & panaskan oven. Tumbuk halia dan lumurkan dgn ayam.

3.  Gaul sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, serbuk secukup rasa dgn ayam. *seimbangkan rasa masin & manis.

4.  Hiaskan dgn kentang, tomato & hirisan bawang besar sekeliling ayam tadi. Sapukan mentega atas kulit ayam tadi.

mentega tu baru kuar dr peti ais so sy letak2 je atas ayam...
nih la keja org pemalas mcm sy..hehehe ;P

5.  Wrap loyang dgn aluminium foil dan bakar pada suhu 180 api atas bawah.


6.  Setelah 30 minit keluarkan ayam dr oven dan terbalikkan ayam supaya masak sekata. Sambung lagi bakar ayam dlm oven.

7.  Sy bakar selama 1 jam. Time nak serve siram ayam dgn kuah spy nampak menarik.






Tuesday, July 23, 2013

Bersahur dengan Tofu Kukus


As salam & Selamat Berpuasa kwn2 :)

Ni adalah menu utk bsahur pagi tadi, wpun sy mgantuk tetap jugak bgn awal sikit utk masak tofu nih...slalunya bgn2 tau mkn jerr...itu pun pyh betul nak angkat dr tilam & comforter yg empuk...mls sgt2 nak bgn pagi tp x bgn nanti perut lapar @__@  hahahaha

Sebenarnya penat jugak sy carik tofu lembut yg HALAL (mcm la dh cari 1 miri..hehhehe...xde lah, cari kat 2 3 supermarket je). Semalam tjumpa tofu lembut ni kat Boulevard Hypermarket so trus grab 2 ketul.

Tofu ni sgt2 lembut, yg sy punya dlm pic tu rupa fizikalnya xcantik dah...bila terlangkupkan atas pinggan xperfect jatuh so entam je lah labu...Next time nak try guna tauhu yg segi empat tu pulak lah...tauhu tu pejal ckit kan??

Ok, jommm tgk resipi mudah d bawah.

SELAMAT MENCUBA



TOFU LEMBUT KUKUS

2 ketul tofu lembut
1 sb udang kering
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
cili merah
sos tiram
kicap manis
daun bawang


CARA-CARA


1. Keluarkan tofu tadi dr bekasnya, letak dlm pinggan dan kukus selama 15minit. (jgn lupa panaskan air kukusan terlebih dahulu)

2. Tumbuk lumat bawang merah, putih & udang kering. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bhn tadi hingga wangi dan kekuningan.

3. Setelah itu masukkan cili merah, gaul sebentar, tambahkan sos tiram & kicap manis. (part ni sy agak2 je tp jgn letak byk trus, kena seimbangkan rasa dulu)

4. Boleh letak air sikit jika pekat, xperlu letak perasa sbb udang kering & sos tiram mmg dh masin.

5. Setelah siap siram kuah tadi atas tofu. Hias dgn daun bawang. Siap!!

NOTE: Air dr tofu yg dikukus tadi sy cuma buang 1/2 je, so bila letak kuah rasanya xmasin sgt, just perfect.


Monday, July 22, 2013

Egg Tart


As salam & Good Morning :)

Kali ni sy nak share resipi EGG TART....Kalau ikut cara sy, bakar dulu shell tart separuh masak pastu masukkan filling. Boleh jugak sebenarnya masukkan filling trus n bakar. Melalui pemerhatian sy, jika shell tart d bakar dulu tart akn ranggup lebih lama. Well tu cara sy lah, tpulang kpd masing2 nak ikut cara apa yer :)

Jom kt tgk resipi kat bawah dan selamat mencuba!!!



Egg Tart

Shell tart
170 gm marjerin
1 sb gula kastor
1 biji telur
esen vanilla
290 gm tepung gandum

Cara- Cara
1. Satukan marjerin, gula kastor, telur & esen vanilla dlm bekas. Pukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga sebati. Uli hingga menjadi doh.

3. Wrap dan rehatkan doh sebentar dlm peti ais.



Filling
1/2 cawan fresh milk / susu cair
2 biji telur
1/3 cawan gula kastor
1/2 cawan air 
1 sb tepung kastard
esen vanilla

Cara - Cara
1. Satukan semua bhn di atas, masak di atas api perlahan hingga gula larut.

2. Tapiskan filling tadi dan boleh la di gunakan.


Proses membuat egg tart

1. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan bentukkan, cucuk dasar tart tadi dan bakar separuh masak (guna api bawah je).

shell tart sebelum masuk oven

shell tart separuh masak

2. Tuang filling tadi ke dalam setiap shell tart. Jgn terlebih yer tkt melimpah pulak. Bakar guna api atas bawah.

Filling yang dh di tapis

3. Agak2 shell tart sudah berwarna kekuningan blh lah di keluarkan. Mmg filling nampak mcm lembik & berair tp setelah berada suhu bilik filling akn mengeras.

3. Jika terlebih masak filling, filling akn jd xcantik dan mcm mengelupas pada shell tart tadi (itu ikut pengalaman sy lah..hehehe)


~SELAMAT MENCUBA~




Friday, July 19, 2013

Sambal Sotong


As salam & Selamat pagi...

Hari ni nak share resipi sambal sotong :)  btw, byk lagi resipi nak d postkan tp tggu turn lah ye...semalam internet kat rumah baru ok so bderet2 la resipi dlm waiting list...hehehhe...

Syarat masak sotong ni adalah jgn tlebih masak sbb sotong akn jd keras dan liat.Sambal sotong mmg enak d mkn bsama nasi putih panas. Jom tgk resipi kat bwh ye kwn2 :)  Selamat Mencuba!



Sambal Sotong

2 ekor sotong rendam / kembang
4 biji bawang besar  (kisar halus)
6 sb cili kisar
1 sb belacan
sos cili
air asam jawa (pekat)
perasa; garam & gula


Cara-cara;

1. Potong sotong dan toskan.





2. Tumis bawang besar yg dikisar tadi dlm minyak yg panas. Tumis sehingga air bawang tadi kering dan bwarna kekuningan.

Tumis bawang ni mmg ambik masa sikit k :)


3. Setelah itu masukkan cili kisar, gaul sebentar. Masukkan belacan, gaul rata dan sebati.


4. Masukkan sos cili, air asam jawa dan perasa. Sebatikan dan sesuaikan rasa masam, manis, masin. Masukkan sotong tadi dan siap :)

(jgn masak sotong terlalu lama)




Tuesday, July 16, 2013

Salahkah????????

As salam....

Salahkah jika seseorg itu telah berubah dan memakai hijab....perlukah hijab itu menjadi persoalan? Setelah berhijab xsangka ada jugak komen negatif, penampilan xcantik lah, nampak berumur lah, nampak seperti ala2 "mak cik" lah.... kenapa nak pertikaikan semua itu...bukankah bila seseorg itu brubah kearah kebaikkan ada lah lebih baik...kenapa kt xmemberi support!!! 

Kenapa perlu memberi komen "kau nampak cantik lagi bila free hair, nampak seperti budak belasan tahun, nampak kurus, nampak muda"....so dh bhijab xcantik lagi lah...dah xmcm budak lagi...dh bhijab nampak berisi, gemok dan pendek....amboi jahat nya mulut.... Seolah2 hijab itu mnampakkan seseorg itu cacat dr segi penampilan...Klau tudung xde style xcantik la...

Kenapa perlu mengutuk org yg bhijab....bkn nya xcantik pun...Betul la kata org, nak berubah bkn nya senang, mmg ada halangan dan dugaan...Apa pun semoga Allah menguatkan iman dan menetapkan niat saya utk brubah ke arah kebaikkan...amin :)

Tetap la dgn pendirian bahawa bhijab itu cantik dan sopan...Pedulikan apa org nak kata.

Terima Kasih.


Fight for ur right!!!



Friday, July 12, 2013

Bonanza Sushi King....Yummmehhh :)


As salam & Selamat Petang,


Marhaban ya Ramadhan!
Marilah kita sambut bulan penuh berkah ini dengan hati dan
fikiran yang bersih.
Maaf jika ada kata dan perbuatan yang salah.
Semoga puasa kita di redhai Allah SWT. Amin.

dah masuk hari ke-3 umat Islam bpuasa...Selamat berpuasa ya kawan :)
Sebenarnya byk lagi resipi2 yg belum sy share krn ada mslh internet...Kali ni nak ceta sal aktiviti Ber-sushi bersama bff b4 posa ari tuh...Bonanza sushi kat Miri pada 1-4 July, sorg bff sy yg mmg "die hard fans" sushi nih dgn semangat nya pagi2 lagi dh g Sushi King Bintang Plaza Miri utk wat sushi card, tanpa card ni nanti xleh nak ber-Bonanza...hahahha...sgt2 rugi kan...fav sushi sy adalah Tuna...argghhh, lagi tmimpi menikmati sushi...opsss >___<
Nanti ada kesempatan kt pegi lagi k bff ku :)

Time bonanza ni mmg full seat lah, smpai kena bratur kat luar utk tggu...once dh masuk limit time cuma 45minute je dberi...syaratnya mesti mkn smpai habis klau x balance tu kira normal price...dh dpt meja x best, meja kat tepi, kami nak meja tepi belt tu sng la kan...mcm zombie kelaparan je tggu tepi belt nak rembat sushi idaman..hahaha...smpai satu pinggan 2 org tarik...so mgalah je lah @__@

Kami pegi 2 trip hari tu, 2nd July tp sy x join & 4th July, yg ni kwn sy sorg x join pulak...exchange la pulak :P Wpun brebut2 tapi kami mnikmati sushi sampai kenyang...xlarat nak jln2 dah..mmg puas hati!!! Enjoys ualls~

Yang ni time memula mkn, tp dh mlantak tu mmg xingat dunia lagi
xde masa yer nak take pic pastuh...hahaha...


Salwa  &  Zzah
*Zzah nih mmg peminat tegar sushi :)


Chef sushi interframe :P


Muka puas HATI...hahahah :)







Saturday, July 6, 2013

Daniel Francis Forsythe Farewell~

Hallo everyone! wah...sekian lama selepas previous entry  :)
But the blog is still 'meriah' since the other author is very active in producing the new entry...ehehehehe...good job Aceng!

Entry kaki nie nak story sket pasal farewll dinner dengan HOD Mechanical/Piping department, Mr DFF yang akan balik ke New Zealand arinih...huaa...sedeyh...he is a good bos! But this is not a goodbye...we might bump to each other some other time...maybe in New Zealand??! Hua2...
Mr Chow (Hong Fei Hong)


Colleague yang xsabar dah nak melantak :)




 The dinner is great.. makanan yang sedap...better than other farewell yang pernah saya attend, mlm tu mmg makanan nye sangat sedap! Chinese cuisine  (btol ke eja?) mmg pilihan yang tepat...:) xsia2 bayar :P..hahahaha

this one is my fav!


Bean curd with oyster sauce.

Having their meal...khusyuk!

Roasted chic..

crispy butter prawn..yummeh!

biasa~~

small gift from Mech Piping dept to Mr Francis Forsythe...wish u have a great holiday!

Lastly, majlis diakhiri dengan speech...minum2..(biasalah)...and a mech/piping photo :). Picture credit tu dzimalrash.com...:) nice job!

Friday, July 5, 2013

Project 1st week of July

As salam & Happy friday :)

Kali ni sy nak ckp psl aktiviti sepanjang minggu pertama bulan Julai. Alhamdulillah semuanya bjln lancar dan ada jugak produk yg mdapat sambutan org ramai. Dessert Cheezy Layer paling mendapat sambutan ramai. Mmg terbuai2 bila mkn dessert tu, gabungan cheese & chocolate amat lah serasi..Serasi bsama giteww...hahhaha..

Menu yg dibuat utk dijual adalah Cheeze Layer Choc, Red Velvet Cupcake, Cornflakes Madu & Pedas. Di samping itu, saya juga menyediakan order drpd Beatrice iaitu Butter Cheese Cupcake, Beatrice ni colleague kpd owner blog nih, Salwa :) Ribuan terima kasih kpd return customer kt nih, actually dh 3 kali beliau mengoder dr kami >____<

Order utk 2nd July pulak drpd Kak Siti Kama lagi, tp kali ni beliau order dgn kwn sepejabat skali...Mereka order Mint Choc Chips Cupcake & Vanilla Cupcake. Request dr mereka mahukan cupcake d asing2 flavour dlm 3 kotak.

Pada 4 Julai pulak sempena hari sukan Sekolah Tunku Haji Bujang Miri, sokolah adik sy, so saya bercadang nak wat jualan, kan budak ramai masa tu n sy wat Red Velvet Cupcake & Cheezy Layer Choc...Alhamdulillah laku semuanya :) bebudak mmg suka CHEESE...hhehe...bukan takat budak je, sy pun giler sgt2 ngan cheese...hahaha..
















Most wanted dessert; 

Cheeze Layer Choc















Butter Cheese Cupcake



All time favourite; Red Velvet Cuppies 


Mint Choc Chips & Vanilla Cupcake


Alhamdulillah & ucapan terima kasih kpd customer2 kami...Harap bgembira dgn hasil dr kami..Enjoys!!!

Wednesday, July 3, 2013

Happy Birthday Atukkk :)


As salam & Selamat Tengahari semuanya,

Semalam 2nd July adalah birthday my dad :)   so ni ucapan sy utk my dad;

Dear dad,
On this birthday,
This is my only pray,
May you stay all healthy and hearty,
May you always keep smiling & happy,
Enjoy your day,
Happy birthday!

Sy dgn adik plan nak baking cheese cake yg simple je utk celebrate, lagi pun cheese cake adalah kegemaran sekeluarga. Cheese cake ni penuh dgn rasa cheese, lembut dan cair dlm mulut....sedap sgt mkn sejuk2 >__<
Resipi ni sy mtk kat bff sy Ajedd, terima kasih daun keladi kawanku...

Setelah kek siap d deco (tulis wording simple je pun) kami suruh anak buah sesayangan bagi kek kat atuk dia. Kami celebrate kecik2 je, mkn laksa sarawak & cake je. Harap maaf ye cara penyediaan kek ni sy xde snap pic sbb sgt2 bz itu pun adik yg tlg baking sy tukang arah je :)

Jom check resipi kat bwh yeerr.... ~Selamat Mencuba~


Baked Cheese Cake  (8x8')

Biskut marie / Digestive Cookies     - sy pkai biskut marie je
50 - 60 gm mentega (lembut)
500 gm Philadelphia Cream Cheese
1/2 tin kecil susu manis    - kurangkan sikit
3 sb gula kastor 
1 biji telur
Esen vanilla


Cara - Cara
1.  Hancur kasar biskut & gaul bersama mentega spy biskut melekat dan ratakan dlm loyang. Sapu loyang dgn mentega terlebih dahulu.

2.  Dalam bekas lain, pukul cream cheese, susu manis, gula kastor, telur & esen vanilla hingga sebati dan gebu.

3.  Masukkan adunan dlm loyang base biskut tadi.

4.  Bakar dgn menggunakan kaedah bain-marie selama 1 jam, bila permukaan kek nampak kering dh masak la tu. Guna api bawah je.

5.  Setelah kek masak sejukkan dulu dlm suhu bilik sepenuhnya baru lah d letakkan dlm peti ais. Lebih elok di sejukkan semalaman.


Cara bakar kaedah bain-marie, letak air panas didih dlm loyang lbh besar
dan bakar seperti biasa
* sumber gmba En. Google



Anak buah sy, Muawizzat  :)











Tuesday, July 2, 2013

Thanks to all of our happy customers

As salam & Selamat Petang semuanya,

Ribuan terima kasih di ucapkan kpd customer yg mengorder cupcake, cake & pudding dr kami pd 28 & 29 June yg lalu :)

ada jugak return customer yg dr Bintulu, Sarawak, wpun order last minute iaitu order dan delivery pd hari yg sama...katanya bila dtg ke Miri barulah dpt mrasa cupcake...hehehe....jd selalu la order dr kami ya :P  Beliau telah mengorder Vanilla & Rainbow Cupcakes. Kami juga menerima tempahan dr Kak Siti Kama yg mengorder Vanilla Cupcake, Pudding Cheese & Butter Cake utk d sedekah kan d Kubur Islam Sungai Baong sempena aktiviti gotong royong...Order yg terakhir iaitu Red Velvet Cupcake drpd Stef....Terima kasih daun keladi & percaya dgn produk kami...Harap customer bpuas ati ye :)



Vanilla Cupcake


Rainbow Cupcake & adunannya
Vanilla Cupcake order dr Kak Siti Kama sebanyak 40 pcs

Pudding Cheese...Yummmyy :)

Butter Cake (dh warp kek baru ingat nak ambik gmba..hehehe)
Red Velvet Cupcake




Terima Kasih daun keladi & Alhamdulillah