Friday, July 26, 2013

Ayam Black Pepper utk Iftar


As salam & Selamat Pagi Petang....

Dah 2 hari sy x sihat, sakit demam mlanda diri ini. Badan pun rasa lemah & sejuk je. Tapi petang semalam sy sempat myediakan juadah berbuka puasa iaitu Ayam Black Pepper. Mudah je menyediakannya. Ayam ni sy rebus sebentar & masak dlm oven. Jika ada kelapangan blh lah mcuba selain itu dpt memberi kelainan dlm masakkan ayam. 

Tujuan ayam di rebus sebentar utk mlembutkan isi ayam. Air rebusan ayam jgn di buang blh di simpan dlm peti ais utk di jadikan stok ayam, so selamat utk kanak2 sbb xde bhn pengawet. Cthnya kt pakai kiub pati ayam/stok ayam kan x elok utk kanak2. 

Selepas di letak perasa dan bhn sampingan bolehlah dimasak dlm oven selama 1jam. Jom try test resipi kat bawah. Selamat Mencuba~




BLACK PEPPER CHICKEN

2 ketul paha ayam (di belah 2)
halia
sos tiram
kicap manis
serbuk lada hitam
serbuk secukup rasa maggi
ubi kentang (di potong)
lobak merah (di hiris)
tomato (di hiris)
bawang besar (hiris bulat)
sedikit mentega  (suhu bilik)

CARA - CARA 
1.  Rebus ayam dlm air mendidih selama 10-15 minit. Selepas itu, toskan.

2.  Sediakan loyang & panaskan oven. Tumbuk halia dan lumurkan dgn ayam.

3.  Gaul sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, serbuk secukup rasa dgn ayam. *seimbangkan rasa masin & manis.

4.  Hiaskan dgn kentang, tomato & hirisan bawang besar sekeliling ayam tadi. Sapukan mentega atas kulit ayam tadi.

mentega tu baru kuar dr peti ais so sy letak2 je atas ayam...
nih la keja org pemalas mcm sy..hehehe ;P

5.  Wrap loyang dgn aluminium foil dan bakar pada suhu 180 api atas bawah.


6.  Setelah 30 minit keluarkan ayam dr oven dan terbalikkan ayam supaya masak sekata. Sambung lagi bakar ayam dlm oven.

7.  Sy bakar selama 1 jam. Time nak serve siram ayam dgn kuah spy nampak menarik.






No comments:

Post a Comment

thanks!:)