As salam & Selamat Berpuasa kwn2 :)
Ni adalah menu utk bsahur pagi tadi, wpun sy mgantuk tetap jugak bgn awal sikit utk masak tofu nih...slalunya bgn2 tau mkn jerr...itu pun pyh betul nak angkat dr tilam & comforter yg empuk...mls sgt2 nak bgn pagi tp x bgn nanti perut lapar @__@ hahahaha
Sebenarnya penat jugak sy carik tofu lembut yg HALAL (mcm la dh cari 1 miri..hehhehe...xde lah, cari kat 2 3 supermarket je). Semalam tjumpa tofu lembut ni kat Boulevard Hypermarket so trus grab 2 ketul.
Tofu ni sgt2 lembut, yg sy punya dlm pic tu rupa fizikalnya xcantik dah...bila terlangkupkan atas pinggan xperfect jatuh so entam je lah labu...Next time nak try guna tauhu yg segi empat tu pulak lah...tauhu tu pejal ckit kan??
Ok, jommm tgk resipi mudah d bawah.
SELAMAT MENCUBA
TOFU LEMBUT KUKUS
2 ketul tofu lembut
1 sb udang kering
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
cili merah
sos tiram
kicap manis
daun bawang
1. Keluarkan tofu tadi dr bekasnya, letak dlm pinggan dan kukus selama 15minit. (jgn lupa panaskan air kukusan terlebih dahulu)
2. Tumbuk lumat bawang merah, putih & udang kering. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bhn tadi hingga wangi dan kekuningan.
3. Setelah itu masukkan cili merah, gaul sebentar, tambahkan sos tiram & kicap manis. (part ni sy agak2 je tp jgn letak byk trus, kena seimbangkan rasa dulu)
4. Boleh letak air sikit jika pekat, xperlu letak perasa sbb udang kering & sos tiram mmg dh masin.
5. Setelah siap siram kuah tadi atas tofu. Hias dgn daun bawang. Siap!!
NOTE: Air dr tofu yg dikukus tadi sy cuma buang 1/2 je, so bila letak kuah rasanya xmasin sgt, just perfect.
4. Boleh letak air sikit jika pekat, xperlu letak perasa sbb udang kering & sos tiram mmg dh masin.
5. Setelah siap siram kuah tadi atas tofu. Hias dgn daun bawang. Siap!!
NOTE: Air dr tofu yg dikukus tadi sy cuma buang 1/2 je, so bila letak kuah rasanya xmasin sgt, just perfect.
No comments:
Post a Comment
thanks!:)