Monday, September 22, 2014

I LOVE Donuts...

Assalamualaikum....

Sapa hantu donut leh angkat tangan...huhuhu...
Saya suka donut >_<  Selalu beli kat Big Apple sbb topping tu yg marvellous, suka topping almond je, just nice xmanis sgt...mmg terbaikkkk

Ekceli boleh je wat sendiri if RAJIN..huhuhu...Saya ni kalau wat selalu letak icing sugar je. Malas nak letak topping bagai.

Resipi ni x perlu tunggu doh mengembang smpai 1 jam yer. Uli2 doh pastu biarkan selama 30 minit dan uli lagi pastu canaikan dan tunggu 15 minit dh boleh goreng. Makan panas2 sedap :)

Kali ni saya wat bentuk bunga. Tak susah pun sebenarnya tapi banyak jadi lah hasilnya sebab cute2 and kecik2 je. Ok xyah nak cakap banyak lagi, jommm tengok resipi kat bawah.



Donut

Bahan-bahan;

1 paket yis
1 sudu besar gula kastor
200 ml air suam
3 sudu besar marjerin
Secubit garam
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat
500 gm tepung gandum

Cara-cara;
Gaul air suam, gula dan yis. Biarkan hingga berbuih.
Dalam bekas campurkan marjerin, garam, telur & susu pekat gaul sebati.
Masukkan tepung selang seli dengan yis hingga habis. Uli hingga tidak melekat di tangan.
Biarkan adunan kembang selama 30 minit. Selepas itu uli doh utk keluarkan angin.
Canaikan doh dan biarkan selama 15 minit dan goreng.
Salutkan dengan gula icing.

Selamat Mencuba.

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)