Tuesday, September 30, 2014

PIZZA TUNA

Assalamualaikum...

Story part 2,

Part 1 kat SINI

Kelaut terus rupa pizza saya buat weekend lepas. Semangat nya berkobar2 last2 xtau nak wat bentuk bunga. So ni je lah hasil pizza saya, hentam jer lah..hehehe...

BTW, rupa pizza xmenjadi masalah, yang penting uli doh tu kena cantik. huhuu..Bersungguh2 menguli doh. (uli pakai tangan jerr)


Haaa, xjadikan rupa bunganya??!! Last2 belah2 jelah camtu dan jarak2 ckit bagi nampak sosej tu.

DOH PIZZA

500 gm tepung roti/gandum
Sepeket yis
2 biji telur
200ml air sejuk
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 sk improver / softener (kalau ada stok)

- Campurkan semua bahan2 di atas dan gaul sebati.

Kemudian masukkan;
1 sudu besar mentega
1 sudu besar shortening

-Uli doh hingga licin dan tak lekat kat tangan. Boleh tambah tepung sikit2 kalau doh lembik. Uli hingga cantik licin.

Perap doh selama 1 jam pastu tumbuk doh untuk buangkan angin. Bentukkan dalam loyang/tudung periuk dan biarkan selama 15 minit. Sambil tunggu doh mengembang, panaskan oven pada suhu 180 api atas bawah.

Lepas 15 minit baru letak topping pilihan masing2 dan bakar hingga masak.


TOPPING PIZZA

Tuna chunks (in water/oil)  - gaul dengan sedikit mayonis, serbuk lada hitam&putih
Sosej di potong 2 /3 
Bawang besar (potong bulat)
Cendawan butang (dihiris)
Cheddar cheese / cheesedale
Mayonis


Letak sosej di sekeliling doh dan lipatkan doh dalam sosej. (spt gambar)


Saya letak sosej time bentukan doh dalam tudung periuk pastu biar mengembang 15 minit.

JANGAN ikut rupa pizza saya tu (xcantik ualls) hahahah...Bentukkan cantik2 dan licin.
Saya dah penat jugak hari tu dengan sehari suntuk wat kek untuk Raya Haji nanti. So ni jelah rupa pizza yang mampu di buat oleh saya :P

Lepas 15 minit baru letak topping dan terus bakar. JANGAN SESEKALI letak topping awal sambil tunggu doh mengembang sebabnya doh jadi lembik/kempis akibat dari tekanan bahan2 topping tu. 

Selamat Mencuba~

POPIA PISANG

Assalamualaikum...

Pisang adalah buah favourite saya. Boleh buat juice, jemput2, dan popia pisang. Siapa lom penah try better g buat pasni :)

Bahan-bahan yang di gunakan xlah byk, memang ada stock kat dapur pun. Saya guna pisang Otel @ Emas. Sedap!!! pas goreng rasa manis2 pisang tu. Ok, jomm tengok resipi dan cuba pulak.


POPIA PISANG

Bahan-bahan;

Pisang Otel @ Emas (ikut suka nak bnyak mana)
Kulit popia (Ikut kuantiti pisang)
Sedikit garam & gula


Cara-cara;

1. Kupas kulit pisang dan belah 2.

2. Lumurkan sebelah pisang dalam gula & garam. (nak bagi rasa lemak2 manis time goreng).

3. Cantumkan kedua2 belah pisang dan balutkan dalam kulit popia dengan kemas dan gam kan di hujung nya.

4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Siap. Boleh juga di hidangkan dengan ice cream pilihan anda.




Selamat Mencuba.

Sekian, Terima kasih~

Saturday, September 27, 2014

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

Assalamualaikum...


Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda :

✅ Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dlm solat akan hilang.

✅ Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut. 

✅ Akan Tiba masanya atas ummat ku  banyak nya gempa2 bumi.

✅ Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal shj.

✅ Akan tiba masanya atas ummat ku  banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

✅ Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.


Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

Hampir2 semua yg disebut itu berlaku di zaman kita. 


❎ Hari-hari yang ganjil.

Ibu2 & bapa2 hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik2 shj terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kpd anak2 mereka.

❎ Hari-hari yang ganjil.

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan / sedikit.  Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

❎ Hari-hari yang ganjil

Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau
di Pasaraya.  Namun mereka merasa letih dan berat utk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

❎ Hari-hari Ganjil.

Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira.  Namun jika utk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

❎ Hari-hari sangat ganjil.

Kita  bersungguh2 berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedlm tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali utk dimasukkan kedlm tabung derma.

❎ Hari-hari yang  ganjil.

Kita set alarm sblm tidur takut terlambat bangun utk pergi kerja.  Namun kita lupa utk setkan alarm utk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

❎ Hari-hari  sangat ganjil

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .

❎ Hari-Hari yang ganjil.

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini utk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

❎ Hari-hari yang ganjil.

Ibu2 & bapa2 membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kpd org lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing2 dll....

❎ Hari-hari yang ganjil.

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah shj.

Memelihara Hadis yang mulia dengan demikian Anda telah bersama2 dengan kami dalam menyebarkan sunnah-sunna h Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Jadilah anda salah seorang  yang mengajak kepada kebaikan.



Wednesday, September 24, 2014

I'M A CAT LOVER

Assalamualaikum....

3 Tanda Apabila Kucing Datang

Bila kita makan di kedai makan.
Tiba-tiba ada kucing datang.
Minta makanan dengan kita.
Kenapa tak pada orang lain?

Saya biasa alami situasi ini.
Saya dapat rungkaikan.
3 tanda apabila kucing datang.
Kepada kita bukan orang lain.

Pertama.
Allah sedang bagi tahu.
Makanan kita hak kita itu.
Bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kucing itu.
Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Rezeki lain akan Allah ganti.
Yang lebih baik.
Sebab 1 kebaikan itu.
Allah balas 10 kebaikan @ pahala.
Allah Maha Mampu.
Bagi lebih dari itu.

Ketiga.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita tak memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Sebenarnya kita.
Sedang menolak rezeki baru.
Allah nak bagi kepada kita.

Rezeki itu luas.
Bukan hanya pada wang.
Tapi meliputi semua kehidupan.
Ingin ikhlas memberi.
Berilah pada haiwan.
Kerana haiwan tak pandai
Ucap terima kasih kepada kita.
Ia hanya tahu minta dan makan.

CRISPY ONION RING

Assalamualaikum and good morning :)

Home made Onion Ring sedap jugak tau setanding dengan yang beli. Tak percaya???! Ok sila tengok resipi kat bawah nanti yerr.

Saya pun 1st time jugak mencuba resipi ni dan ternyata ohsemm, rangup, gebu, lembut dan kembang cantek je. Bagi sesiapa yang xminat makan bawang kalau try buat Onion Ring ni sure makan berkali2. Tak percaya sila cuba sendiri.

Adunan / batter ni haruslah di sediakan dan di simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Tapi saya simpan selama 5 minit je. (Malas nak tunggu lama2...hehehe) Dari pemerhatian saya batter harus di simpan dalam peti sejuk sebab nak bagi bahan2 bertindak balas dan sebati.

Untuk batter ni saya guna 2 biji bawang besar je. Hasilnya banyak dan cukup2 utk 1 adunan batter tu.Batter JANGAN TERLALU CAIR, biar pekat dan disaluti bawng tu nanti. Minyak haruslah panas bagi membantu batter masak cantek dan kembang sekata. Di sarankan guna tepung Self Raising untuk menghasilkan Onion Ring yang gebu gebas.

Bawang haruslah di potong bulat2 dan leraikan satu persatu. Bahan2 pun xbanyak and sure memang ada stock kat dapur masing2. Mula2 saya sediakan batter dulu pastu simpan lam peti ais dan barulah potong bawang. Jommm tengok resipi kat bawah.





Crispy Onion Rings

Bahan-bahan :

2 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan air sejuk 
Serbuk lada sulah
Garam 
Gula
Sedikit pewarna kuning  (sy tambah)


Cara-cara :

Satukan kesemua bahan kecuali bawang ke dalam mangkuk dan sebatikan. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk selama 5-10 minit.
Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas.
Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah sehingga keemasan. Toskan.
Hidangkan bersama sos cili. Sangat enak dimakan pada bila-bila masa sahaja.


***Jika adunan/batter kurang pekat, sila tambah tepung. 



Selamat Mencuba ;)

Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 23, 2014

MY 1ST WEDDING CAKE ORDER

Assalamualaikum....

Selalu wat order dari customer untuk event birthday and makan2 je. Untuk wedding lom pernah wat lagi. So saya yakin saya mampu buat yang terbaik!!! 

Yang ni order dari regular customer saya, before this beliau selalu order RAINBOW CAKE. Tapi untuk wedding dia decide nak CHEESE CAKE. Customer saya ni kan memang terbaik lah sebab dia xbanyak ragam, xcerewet. Saya suka...saya suka :))

Saya suggest buat cupcake & sebiji kek je on top of it. Ala2 moden la kan. Ekceli tk nak deco heavy2 la tu...eheheh...Saya kan lom terror lagi so to be save wat yang simple but nice.

Tema utk wedding beliau ialah SOFT GREEN. Tak susah pun nak cari decorations for cake tu sebab sudah saya katakan ianya simple je. Customer xnak deco yang heavy2. Less is better right??!

Customer saya ni melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada 31 Ogos 2014 yang lalu. Tahniah yer kepada pasangan mempelai.

Saya sangat2 berterima kasih kepada customer saya kerana meletakkan sepenuh kepercayaan untuk menghasilkan kek beliau. Alhamdulillah saya sudah buat yang terbaik. Feedback dari customer pun sangat berpuas hati. Itu pun sudah membuatkan saya rasa senang hati.

Choc Cheese Cake tu size 8". Frosting kat layer (bhgian dalam) Choc Fresh Cream. Frosting kat luar Cream Cheese.

Cupcake sebanyak 50 pcs dan beliau telah memilih perisa Cheese. So saya wat la Butter Cheese Cupcake. Frosting Cream Cheese dan saya letakkan sugar flower yang cute2 tu. Beli kat kedai bakery je.

Jom cuci mata tengok2 kek kat bawah. 










Ribuan terima kasih jugak kepada mak saya yang tercinta dalam membantu sepanjang proses pembuatan kek tu. Mak memang pakar bab2 gubah bunga ni >_< ehhehe.


Sekian, Terima kasih.

Monday, September 22, 2014

TART TELUR

Assalamualaikum....

Terima kasih daun keladi kepada yang sudi membaca blog ini. Walaupun entri nya bercampur-campur hahaha. Lain orang lain minat kan so redha je ler ;)

Petang ni nak share resipi TART TELUR yang ohsemm. Resipi ni saya try time bulan puasa siap wat jualan lagi. Memang kejadian tart ni pas masak perfect cantek je.

Makan pun tak bosan tau. Proses wat tart ni memang makan masa tapi bila dah siap memang rasa berbaloi sebabnya kita dapat makan banyak2 kan. Kalau beli sure mahal dah sebiji tart kan.

Jom study resipi kat bawah. Saya sertakan sekali cara nak bentukkan shell tart tu. Gambar lama daripada post yang sebelum ni. Siapa2 yang lom terror lagi so gambar2 di bawah amat berguna untuk di jadikan panduan. Selamat mencuba yer kawan2.


Tart Telur

Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila


1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.

3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)

4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.(guna rak paling bawah)


5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.

NOTE: Saya bakar kulit tart separuh masak dan keluarkan dari oven, letak filling dan sambung bakar sampai masak. Saya suggest guna kaedah ini sebab xnak filling tu terlebih masak sampai merekah. Biar filling tu cantik berkilat je.

Bahan-bahan kastad/ filling :

3 biji telur
1/2 cawan gula kastor 
225 gm air panas
85 gm susu cair
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) :

1.  Larutkan gula di dalam air panas.
2.  Pukul telur bersama susu cair . Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.
3.  Tapis adunan ke dalam jug kecil untuk buang lendir-lendir telur putih.





Selamat Mencuba :)


Sekian, Terima Kasih.

I LOVE Donuts...

Assalamualaikum....

Sapa hantu donut leh angkat tangan...huhuhu...
Saya suka donut >_<  Selalu beli kat Big Apple sbb topping tu yg marvellous, suka topping almond je, just nice xmanis sgt...mmg terbaikkkk

Ekceli boleh je wat sendiri if RAJIN..huhuhu...Saya ni kalau wat selalu letak icing sugar je. Malas nak letak topping bagai.

Resipi ni x perlu tunggu doh mengembang smpai 1 jam yer. Uli2 doh pastu biarkan selama 30 minit dan uli lagi pastu canaikan dan tunggu 15 minit dh boleh goreng. Makan panas2 sedap :)

Kali ni saya wat bentuk bunga. Tak susah pun sebenarnya tapi banyak jadi lah hasilnya sebab cute2 and kecik2 je. Ok xyah nak cakap banyak lagi, jommm tengok resipi kat bawah.



Donut

Bahan-bahan;

1 paket yis
1 sudu besar gula kastor
200 ml air suam
3 sudu besar marjerin
Secubit garam
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat
500 gm tepung gandum

Cara-cara;
Gaul air suam, gula dan yis. Biarkan hingga berbuih.
Dalam bekas campurkan marjerin, garam, telur & susu pekat gaul sebati.
Masukkan tepung selang seli dengan yis hingga habis. Uli hingga tidak melekat di tangan.
Biarkan adunan kembang selama 30 minit. Selepas itu uli doh utk keluarkan angin.
Canaikan doh dan biarkan selama 15 minit dan goreng.
Salutkan dengan gula icing.

Selamat Mencuba.

Sekian, Terima Kasih.

Mashed Potato with Black Pepper Gravy

Asslamualaikum dan good morning....

Wah semangat betul nak share resipi hari ni. Btw resipi ni sangat lah mudah dan kompom2 sedap ualls :)
Berbaloi lagi buat sendiri pat extra gravy kan. Boleh makan puas2. >,<  Opss jangan makan banyak sangat nanti seluar xmuat sapa nak jawab...heehehe. 
Saya wat banyak kasi orang lain yang gemok...hhuhuh :P
Ok jomm tgk resipi kat bawah. Mesti try ok!!! Di jamin sedap 
Rasa2 banyak orang nak makan so boleh ler DOUBLE kan sukatan adunan yerr 


Mashed Potato with Gravy

3 biji kentang (medium size)
3 sudu besar butter
¼ cawan susu segar

Kentang direbus hingga empuk. Buang kulit kentang dan lecek halus.
Gaulkan dengan mentega & susu segar hingga sebati.
Blender / mixer kentang hingga halus.

Black Pepper Gravy
650ml air
1 kiub ayam maggi
1 biji bawang besar
40gm mentega
20gm tepung gandum  (mls nak sukat so letak 3 sudu besar je)
1 sudu besar sos tiram
Kicap
Serbuk lada hitam
Garam

Masak air, kiub ayam & bawang hingga mendidih.
Tapiskan dan asingkan air & bawang.
Ciarkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api perlahan.
Tuangkan air rebusan dan kacau supaya tidak berketul2.
Masukan sos tiram, kicap (utk bagi warna shj), lada hitam dan garam.
Kacau hingga pekat.


If nak SHARE resipi ni blh pegi kat link kat bawah yer (my Facebook acct)


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=339007516276228&set=a.133514176825564.1073741825.100005009471094&type=1&theater


Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 16, 2014

Baca Buku, Kalkulator dan Kertas Kajang

yeay....mcm seronok je tajuk entry..hehe

milkysmile

Blog da jadi mcm Martha Stewart da...terima kasih kepada besties Aceng yg rajin post entry, xrugi korang nk try test resepi2 yg dye da buat ni...kompem sedap punyerrrr...hehe
Photobucket


Tajuk entry kali ni nak tunjuk sket my life skrg...yep...im back to school!!!...huhu...am i supposed to be happy or nanges? ntah...bercampur baur perasaan tue....tp tekad nak segulung degree tu mmg da kental lam jiwa...haha...terpaksa la menadah otak ngn berkorban masa selama 4 tahun. xpe...susah dulu-duluan...ye dak?

Last sunday first time msuk kelas, heart attack skejap...rasa mcm msuk form 1. owwmann... langsung xingt langung apekah binatang nye trigonometri,,,bintang apekah yg berbunyi teorem pythogorasszz....owwhhhh....mengeluh kot strt blaja...mcm mne 4 thun mendatang...hahaha...owwwmannnnnn....

milkysmile

Hati mau kuat....semangat harus membara, baru degree tu pasti. So doakan yg terbaik untuk saya ya.
Ayat pun xboleh blaaaa da,...kerana skema seorang pelajar tu wujud kembali lam diri..hehe

Kerja tetap kerja, student tetap student, hopefully sukses dalam kedua2 nya...saya boleh!!Photobucket

p/s : harap maklum, saya da jadi tahap super saiya busy, so entry sterusnya maybe akn muncul di tahun 2015..hahahamilkysmile


Friday, September 12, 2014

Saya nak buat pizza mcm ni jugakkkk....

Assalamualaikum & Good Morning,


Saya nak jugak pizza mcm ni. Cute sgt kan??? hehehhe...Jenuh jugak sy mcari lam gugel pic pizza ni. Dulu penah jumpa pastu cari balik tp x ada.

Selalu wat homemade pizza style biasa tu je. Sekali skala nak jugak wat pizza lain dr yang lain kan. So nanti bila free sy update resipi & hasil pizza sy skali k.

See ya. Bye.

Monday, September 8, 2014

Cashew Nut Choc Cheese Brownies

Assalamualaikum :)


Suatu hari anak buah ckap suka mkn brownies tp yg ada letak kekacang. So sy pun suka la bake cake klau ada org nak mkn kan...hehehe. Dengan semangat nya sy buat la brownies ni memandangkan ada masa terluang dan bhn2 cukup. Sy cari2 la resipi yg mmg dh bkali2 try b4 this. Mmg di jamin sedap dgn rasa choc dan cheese nya. Resipi ni sy dpt kat web MyResipi, slalu jugak sy search resipi2 best kat sini. 

Untuk resipi bhgian choc & cheese tu lain2 ye. Sy menggunakan kaedah bakar dan guna size loyang 9x9.

Jom ualls tgk dan cuba resipi brownies ni. Selamat mencuba.


Resipi utk bhgian choc:
Sumber : Kak Fida (MyResipi) 

200 g mentega
200g choc cooking
170 g tepung gandum (ayak)
30 g serbuk koko (ayak)
4 biji telur

170 g gula halus 
50 g gajus (dipanggang & cincang kasar)


Cara-Cara;

Cairkan mentega dan choc secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.

Tepung dan koko diayak bersama.

Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.

Masukkan campuran tepung dan gaul rata hingga sebati.

Masukkan pula campuran choc dan gaul lagi hingga rata.

Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan tabur gajus tadi. Bakar hingga masak selama 20 - 25 min.


Resipi utk bhgian cheese:
Sumber: Mrsdayat

250g cream cheese
60g gula
1 biji telur 
1/4 cwn tepung
25ml air


Cara-cara:

Pukul cream cheese hingga licin (xbketul2).

Masukkan gula + telur + air pukul hingga sebati.

Masukkan tepung, pukul hingga sebati. 
(Adunan agak pekat so sy masukkan dlm piping beg dan pipe atas kek).

Bakar hingga kek masak.


Kalau ikut selera sy, kek ni tak perlu topping segala sbb kek mmg dh sedap. Penuh dgn rasa choc. Kemanisan pun sedang2 je.

Sekian, Terima kasih daun keladi.





Saturday, September 6, 2014

Acengprezion Mini Cupcake....

Assalamualaikum semua...

Jom tgk sample Mini Cupcake dr saya. Nak order jgn malu2.

How to order???
Wasap at 012 807 8716 (Aceng/Lina)

Or inbox me 
Acengprezion Comaoulunius (FB)
https://www.facebook.com/acengprezion.comaoulunius.12




MOIST CHOC

VANILLA

RAINBOW

MINT CHOC CHIPS

RED VELVET

dari atas; CHOC MOIST, VANILLA, RED VELVET, RAINBOW & MINT CHOC CHIPS


 Sekian, terima kasih.



Friday, September 5, 2014

Mini Cuppies & Cupcake

Assalamualaikum & Happy Friday,

Di sini sy nak mempromosikan jenis-jenis Mini Cupcake & Cupcake Homemade dr sy :)
Feel free to order from me. Orang2 Miri, Sarawak blh order kat sy yerr ualls...

How to order???
Wasap at 012 807 8716 (Aceng/Lina)

Or inbox me 
Acengprezion Comaoulunius (FB)
https://www.facebook.com/acengprezion.comaoulunius.12



Jenis-Jenis Cupcake;
1. Moist Choc (Fresh Cream)
2. Vanilla (Fresh Cream)
3. Mint Choc Chips (Mint Fresh Cream)
4. Rainbow (Fresh Cream)
5. Butter Cheese (Cream Cheese)
6. Red Velvet (Cream Cheese)
7. Blueberry (Blueberry Fresh Cream)

** Harga spt list di bawah
List utk Mini Cuppies pulak spt di bawah;

Jenis-jenis Mini Cupcake;
1. Moist Choc (Fresh Cream)
2. Vanilla (Fresh Cream)
3. Rainbow (Fresh Cream)
4. Mint Choc Chips (Mint Fresh Cream)
5. Red Velvet (Cream Cheese)
6. Blueberry (Blueberry Fresh Cream)

** Harga spt list di bawah

Sekian terima kasih, Wsalam...

Wednesday, September 3, 2014

DIY my own bufday cake

Salam...

Seperti tajuk di atas dengan rasa senang hati nya sy wat bday cake sendiri...aku yg sambut bday aku yg wat kek...Hahaha

Hokeyyy...sy adalah peminat tegar Hello Kitty ;)
So mmg dh niat awal nak wat bday cake Hello Kitty version..chewahhh
Sy telah memilih buat Snow Cheese Cake dan frosting nya ialah Cream Cheese (all time fav) 
sedapppp~~



Jom tgk resipi kat bwh...Selamat mencuba

KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE
Sumber resipi : Hasue

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram self raising
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk (dr peti ais)
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
Esen vanilla


Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
* bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Topping;
250ml whipping cream-pukul hingga agak kental
250 cream cheese
2 sb susu pekat manis

cara: gaulkan dua bahan guna teknik kaup balik

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan

Nak lukis kepala hello kitty sy guna pic yg d print out from En.Google and resize kan ikut size loyang. Lepas kek dh masak potong lah kek ikut shape muka Hello Kitty tadi. Mudah kan...

Ku bahagia..lalalaa~~