Saturday, October 4, 2014

SELAMAT HARI RAYA KORBAN



Assalamualaikum...

Kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya...Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Raya Korban. Semoga ianya memberi pengertian yang besar dan bermakna dalam hidup kita. 

Kepada mereka yang menjalankan ibadah haji, semoga ibadah anda di berkati dan beroleh Haji Mabrur. Kepada yang melakukan ibadah korban, semoga ianya di terima Allah SWT. Pengertian korban itu teramat besar, semoga kita memperoleh rahmat di hari yang mulia ini.

Semoga Allah S.W.T. memilih kita untuk mengikuti jejak Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Allah S.W.T yang tercinta.

Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.

Jom cuci mata pulak dengan hidangan kek sempena Raya Haji tahun ni.



Haaa...sapa tauk kek tok??? Siapa tahu kek ni??? Kek Hati Parek / Pari...femes kat Sarawak. Rasanya sedap, moist2 dari buah kismis hitam. Walaupun kek ni perlu di kukus selama 8 jam tapi ianya berbaloi.


Kek buah kukus pun sedap. Percaya x saya suka makan kek tu sebab rasanya moist je. Walaupun saya xsuka kek buah tapi pas makan kek ni jadi suka pulak.



Kek Kelasi Mabuk. Kek ni sedap sangat. Rasa pandan paste dan sangat lembut. Ni first time saya cuba tau. Kek kukus jugak.



Kek Lapis Red Velvet. First time baked kek lapis ni. Rasanya sedap, masam, manis dan penuh rasa cheese. Bau kek ni pun harum macam bau stoberi ualls.



Sekian, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)