Wednesday, October 29, 2014

MAJLIS PERTUNANGAN SALWA & AZUAN

Assalamualaikum...

Kali ni turn salwa pulak yang melangsungkan majlis pertunangan beliau dan pasangan, Azuan. Majlis ini diadakan pada 24 October 2014 yang lalu. Sungguh meriah sekali dengan kehadiran keluarga pihak lelaki dan perempuan, tak lupa jugak kami iaitu sahabat karib salwa. hehehe. Memang meriah dengan kami yang suka sangat nak snap pic. Pelbagai possing je. 

Majlis ni diadakan pada selepas Asar iaitu pukul 4 petang. Pada sebelah malam iaitu selepas majlis selesai, orang ramai boleh karaoke. Tema untuk majlis dari sebelah pihak perempuan ialah warna biru manakala sebelah lelaki ialah warna purple. So kami sekawan pakat pakai baju warna pink or merah dan tugas kami adalah sebagai dulang girls :)

Dari pihak perempuan terdapat 11 dulang berbalas 8 dulang dari pihak lelaki. Barang dari pihak perempuan terdiri daripada buah-buahan, 3 biji kek lapis Sarawak, chocolate dari Famous Amous, tebaloi dan sagu (iaitu sejenis makanan dari kaum Melanau), tuala, cupcake, buku dan set wallet dan tali pinggang.

Dari pihak lelaki pula sebanyak 8 dulang iaitu: buah-buahan, 1 set beg tangan dan wallet Furla, manisan seperti gula2, tuala, sepasang kain untuk nikah dan 2 bentuk cincin.

Makanan di hidangkan pun sangat sedap. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Salwa dan Azuan.




 






Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)