Wednesday, October 29, 2014

MARBLE CHOC CHEESE CAKE


Assalamualaikum....

Kali ni nak share resipi mudah iaitu Marble Choc Cheese Cake, sebenarnya dapat resipi ni daripada MyResipi, Baked Blueberry CheeseCake by Zachoes. Terima kasih banyak2 ye sudi menyumbangkan resipi. Tetapi saya memandai je tukar jadi CHOCOLATE flavour sebab malas nak g kedai beli blueberry filling. Lagipun orang rumah lebih mengemari chocolate berbanding blueberry. Agaknya blueberry filling lagi sesuai di buat tart. Itu pendapat saya lah..hehehhe :)

Kek ini di buat sempena birthday mak saya, pada 29 August 2014, Selamat Hari Jadi mak ku sayang. Semoga panjang umur dan di murah kan rezki. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.

Ok jom tengok resipi kat bawah, saya copy paste je yerr ;)

Ingredients
    • Bahan utk base cake:
  • 100g biskut marie, dihancurkan 
  • 100g butter, dicairkan 
  • *Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.
  • Bahan cream cheese:
  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 65g whipping cream @ fresh cream
  • 30g gula kastor
  • 3 kuning telur Gred A
  • 1/2st esen vanila
  • 1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi
  • 30g gula kastor
  • 3 putih telur Gred A
  • 1/4st cream of tartar (optional)
  • 200 gm choc cooking yang di cairkan

Instructions
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. UPDATE: Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dgn belakang sudu.
  2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
  3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
  4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.
  5. Kaup balikkan meringue (nama putih telur yg dipukul kembang tu) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.
  7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
  9. ***Kalau nak buat swirl, sebelum adunan dituang ke dalam loyang, ambil 1/3C adunan tersebut dan tambah 2sb blueberry filling. Kacau rata. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang dan letak sesudu adunan berfilling secara rawak di atas permukaan nya. Guna pisau atau lidi untuk buat corak.
Note:
Oleh kerana saya buat choc cheese cake, lepas adunan siap, letak dalam loyang trus masukkan choc yang telah dicairkan dan marble guna lidi. Terus bakar dalam oven.

Kalau buat cheesecake HARUSLAH biarkan kek sejuk sepenuh. Kalau rushing2 memang kek susah nak dikeluarkan dari loyang dan kemungkinan besar akan pecah berderai.


Sekian terima kasih. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)