Thursday, October 16, 2014

CHOC CHEESE CAKE FOR MY ANNIVERSARY

Assalamualaikum dan selamat petang,

Lama dh bercuti dari menulis dalam blog ni. Bz dengan kerja di opis yang melambak2. hehehhe. So kali ni nak share resipi Kek Choc Cheese Cake yang sememangnya senang dan sedap :)

Resipi ni boleh guna 2 kaedah iaitu nak bakar atau kukus. Saya penah buat versi kukus dan bakar. Saya suka kukus maybe rasa kek lebih lembut. Tapi 2 2 versi pun ok je. Terpulang kepada pilihan masing-masing. 

Tunang saya ni suka makan kek yang ada unsur-unsur choc dan cheese sahaja. So saya terus decide buat Choc Cheese Cake untuk dia. Deco pun saya buat yang simple je.

Saya surprise kan dia dengan kek ni dan dia suka sangat. Kami celebrate pada 5 September 2014 yang lalu. Happy nya saya bila tunjuk kek ni kat dia. Hahahah :)
Memang setiap tahun jugak kami akan sambut anniversary kitaorang. 

Ok jom tengok resipi kat bawah.
~Selamat Mencuba~




Chocolate Cheesecake 
Sumber resipi: DayangJack blogspot

bahan-bahan :
Lapisan Coklat :

125g tepung gandum
125g mentega
2 biji telur A
150g gula kastor
30g serbuk koko (dibancuh dengan 100 ml air suam)
1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Cheese :

300g krim keju
1 biji telur
60 g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu makan tepung gandum



Cara-cara :
Lapisan coklat : Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sebati. Akhir sekali masukkan bancuhan koko dan tepung. Kacau sebati dengan spatula. Masukkan ke dalam loyang. Ketepikan.

Lapisan cheese : Pukul krim keju bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan minima. Akhir sekali masukkan tepung. Gaulkan rata-rata. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan cheese ke dalam loyang adunan coklat tadi. Ratakan.

Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Saya bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1 jam. (boleh juga dikukus)  Selamat mencuba!


UPDATE :
- kek ni kalau dikukus boleh, kukus lapis demi lapis. Lapisan coklat lbh kurang 20 minit dan lapisan cheese 20-25 atau hingga masak. Cucuk dgn lidi satay atau cake tester utk tentukan kek dah masak atau belum.

- versi bakar pulak, boleh dibakar layer demi layer jika takut adunan cheese tu jatuh. Bakar lapisan coklat selama lbh kurang 7-10 minit dgn suhu 160C atau hingga adunan dah tak cair. Kemudian bolehlah dilapiskan dgn lapisan cheese dan bakarlah sehingga masak. untuk info, Saya bakar sekali jer. Tuangkan lapisan coklat, kemudian letak/pancitkan adunan cheese di atasnya perlahan2 dgn menggunakan pastry bag/piping bag. Kemudian barulah dibakar hingga masak. Harap jelas ye info ni.

Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Saya bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1 jam. (boleh juga dikukus)  Selamat mencuba!


Frosting kek saya cuma guna choc whipped cream dan fresh cream sahaja.
Ok ni contoh gambarajah saya buat decorations untuk kek. (Saya ambil dari En. Gugel je)



Tips; Saya cuma guna belakang sudu je untuk tekan frosting. Tak perlu susah-susah guna spatula.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)