Friday, August 29, 2014

Creamy Cream Puff

Assalamualaikum....

Hari ni sy nak share resipi Cream Puff with filling sedap punyaaa!!! hahahaha
Bercerita tentang pengalaman membuat puff ni amat la susah. Sure banyak kali fail kan (mcm saya >.< huhuhu) InsyaAllah klau rajin mencuba pasti berjaya. Apa2 pun jgn putus asa.

Klau dh pro tak lah susah nak buat (Chewaaahhhh) heheheh. Okehhh di sini saya sertakan resipi yg slalu saya guna. Btw, sy xingat sumber resipi ni, minta halal yerr ;) Selamat mencuba.

 Bahan2 :
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C. (makesure suhu tinggi baru puff naik cantik)

Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.

Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk. (sy kipaskan adunan biar cpt sejuk)

Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Guna mixer hingga adunan licin.

Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.

Renjiskan cream puff dengan sedikit air.

Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.

Nota;
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

Puff ku berposing
Filling;
1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu makan tepung jagung 
1/3 cawan gula 
2 biji kuning telur
1 1/2 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
1 sudu makan butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam

 (klau ikut cara saya, campak semua bhn dlm periuk & masak sampai pekat)
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 2 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.

Tips;
Nak filling yg super duper creamy blh tambah whipping cream dlm filling yg dh sejuk tadi n mixer kan hingga sebati. Sedap makan sejuk.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)