Friday, August 29, 2014

Biskut Lidah Kucing @ Rainbow

Assalamualaikum :)


Cakkkk..hahahah =,=

Kompem penah makan biskut ni kan?? Rasanya sedap & ranggup. Sekali masuk mulut mmg nak lagi (sure blalak uolls :P) 
Buat biskut ni tak lah susah cuma leceh je. Actually sy mmg xminat buat biskut kcuali "rajin" je. Kaler kukis ni pun dh mnarik kan. Klau nak buat biar letak warna terang2 bagi cantek dan paling penting jangan terlebih bakar nanti warna kukis xcantek xmyerlah.
Kukis ni ada loyang khas nya sendiri so bila bakar bentuk kukis mcm lidah kucing hehehe.

RM20 / 50 pcs

Loyang pulak sy beli kat MDS Piasau Industri Miri berharga RM28 sebijik. Mahal kan....Sy beli 2 pcs je sbb kan size loyang tu besar. Nasib oven sy muat masuk loyang ni. Kukis ni ambik masa 10 minit je proses bakarnya. Tapi ikut suhu oven masing2 yer. Sekali wat kukis ni mmg tggu depan oven je, xdapat nak leka ckit mmg kukis ada potensi utk hangus (kan dh rugi). Kukis ni sangat nipis so xlama nak masak. Penah try wat tebal sikit tapi xsesuai sbb 10 minit xckup masa nak masak kukis tebal, so kukis jd lembik (xmasak kat tgh2).

Ni lah contoh loyangnya (sumber dr google). Ada 32 pcs lubang. So sekali masak dpt la 32pcs kukis. Yang penting mesti mesti tgk2 kukis anda time lam oven. Rugi klau kukis terlebih masak.


Ni pulak cara nak pipe kan adunan biskut kat loyang. (sumber dr google jugak). Masa mula2 nak bakar biskut paling penting panaskan oven dulu pastu sapu loyang dengan mentega. Klau mls sapu mentega nanti kukis susah nak tanggal dr loyang. Pas kukis masak biarkan dlm 3 minit pastu terus masuk lam bekas / container ok!! sbb klau lama2 kukis terdedah kat suhu bilik kompem kukis jd lemau. Jom tgk resipi kukis ni...Selamat mencuba~

BISKUT LIDAH KUCING / RAINBOW COOKIES
Sumber resipi: Blog Kak Wan
250 gm mentega
175 gm gula kastor (kurangkan jd 150gm)
100 ml putih telur (3 biji telo putih)
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
2 sudu besar serbuk almond  (ni sy yg letak)
Pewarna purple, blue, green, yellow, orange and red.

Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan

Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim

Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati

Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.

Bahagikan adunan kepada 6 bahagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.

Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.

Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi.

Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit.

Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah.

Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.



No comments:

Post a Comment

thanks!:)