Wednesday, June 26, 2013

Jom Belajar Cara Buat Shell Tart


As salam & Selamat Petang kawan sume :)

Semalam pas balik keja trus mmulakan proses membuat tart, wat shell tart je dulu. Sebenarnya tak lah susah nak buat tart nih, rasanya leceh lagi nak wat cookies kot. Planing nak wat Whipped Cream Cheese Tart sbb jiran kat area umah sy ada wat Majlis Tahlil mlm ni so nak bwk tart ni sbg buah tgn. 

Memula kt wat doh tart dulu, btw sy dh sediakan doh awal sehari sbb sy xda byk masa memandangkan pagi2 sy dh ke office petang 5.30pm baru smpai rumah, so utk mgelakkan berjaga sampai tgh mlm wat tart baik mula awal2 so siap pun awal :)
Resipi doh tart ni sy dpt dr blog Kak Ita, dah byk kali sy mcuba resipi ni. Hasilnya tart jd ranggup & ringgan je (rasa mcm mkn cookies)

Esok sy akn share utk topping tart pulak k, shell tart ni blh d sediakan awal sbb ianya blh d simpan dlm bekas kedap udara. Topping pulak sgt simple xperlu d bakar (kira mcm instant toppping la) so memudahkan keja sy...wink..wink.. >__<
Jom tgk resipi kat bawah dan cara2 skali sebagai panduan

:)   Selamat Mencuba  :)



DOH TART
Sumber / Rujukan : Masam Manis
*sy dpt 58 pcs shell tart utk satu adunan

170gm marjerin atau butter    - sy guna marjerin je
50gm gula aising                   - sy letak 1sb penuh gula kastor (mls nak sukat)
1 biji telur Gred C                  - sy guna gred B
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

1. Mixer marjerin, gula, telur & esen vanilla. Putar hingga sebati.

2. Masukkan tepung dan putar sebati.


semua bhn telah sebati

3. Uli dgn tgn (part ni sy xtmbah tepung lagi sbb ckup dh kuantiti tepung dgn kelembutan doh) TAPI utk selamat sila letak tepung sikit2 ye, jgn tuang semua terus.


rupa doh setelah di uli hingga licin

4. Rehatkan doh dlm peti ais, doh sy brehat semalaman sbb sy dh sediakan doh sehari lbh awal. b4 nak guna doh kuarkan dr peti ais 1 jam lebih awal spy doh jd lembut.


wrap dan rehatkan doh

5. Sediakan acuan tart utk proses membuat shell tart. Sy bakar guna api bawah je. Suhu 160-170 mengikut keadaan oven masing2 ye. Cucukkan dasar tart dgn garfu utk megelakkan tart mengelembung.


cucuk dasar doh dgn garfu

6. Setelah siap di bakar biarkan doh sejuk sepenuhnya baru lah d letakkan dlm bekas kedap udara.





Cara mudah buat tart step by step

Ambik doh dan bulatkan letak dlm acuan


Tekan2 doh hingga memenuhi ruang acuan tart.
Jangan terlalu nipis, jangan terlalu tebal. (blh rasa dgn jari)



Kemaskan tart dgn menggunakan piasau utk buang lebihan doh tart 



Cucuk dasar tart dgn garfu sebelum di bakar



Simpan shell tart dlm bekas kedap udara setelah benar2 sejuk




Siap :)

No comments:

Post a Comment

thanks!:)