Wednesday, January 8, 2014

ROMPAKAN BERSENJATA.

BLOG ENTRI 08/012014
HAI,,,DISEBABKAN LEMAS DALAM KEBRINGAN DAN KETIADAAN MOOD DI OFIS ARINI, MEMAKSA JARI JEMARI MENAIP KEYBOT MEMERAH OTAK BAGI MENYUSUN AYAT MEMENUHI RUANGAN ENTRI PADA KALI INI. SEBENARNYA TIADA IDEA UNTUK DIKONGSIKAN…TETAPI BAGI MENERUSKAN LAKONAN DAN KEPURA-PERAAN SIBUK MELAKUKAN TUGASAN, KU GALI JUGA IDEA UNTUK DIGARAPKAN DALAM ENTRI INI. HAA…NAK CAKAP PASAL ROMPAKAN YANG BERLAKU TERHADAP KELUARGAKU YANG BERLAKU DALAM AWAL DECEMBER 2013. SUATU NIGHTMARE YANG MASIH MENGHANTUI WALAU HANYA DENGAN BERIMAGINASI TENTANGNYA, APATAH LAGI BAGI IBUKU YANG MENGALAMI SENDIRI KEJADIAN HITAM ITU. BIAR AKU CERITA SECARA BERPLOT OKEH.
11.30 PM. 6 DECEMBER 2013
DETIK MENCEMASKAN 1 : SEPERTI BIASA SEBELUM TIDUR, AKU AKAN MEMAKSIKAN SEGALA PINTU DAN TINGKAP DI RUMAH DALAM KEADAAN BERKUNCI. KETKA MEMERIKSA SLIDING DOOR YANG TERDAPAT DI RUANG TAMU, AKU CEMAS SEKETIKA. SLIDING DOOR MENGALAMI KEROSAKAN TEKNIKAL. DENGAN SEKALI SENTAP SAHAJA, PINTU DAPAT DITARIK/DIBUKA DENGAN MUDAH. PANGGIL AYAH ABGANG UNTUK MMERIKSA, RUPA2 NYA SEKETUL SKRU DI BAHAGIAN PENGUNCI TELAS LONGGAR (KERJA ANAK2 BUAH KU YANG NAKAL). SETELAH DISERVIS, PINTU DIKUNCI DENGAN KEMASNYA..LEGA.
2.30 AM. 7 DECEMBER 2013
PERISTIWA HITAM : AKU YANG TIDUR NYENYAK DIKEJUTKAN DENGAN JERITAN IBUKU DARI ATAS KATIL “ WAAAA…KITA DIROMPAK”. MASIH JELAS BAGIKU SUARA IBU YANG BERBAUR TANGISAN DAN TAKUT YANG AMAT PEDIH UNTUK AKU INGATKAN. AKU YANG TIDUR SEBILIK BERSAMA IBUKU SERTA AYAHKU BINGKAS BANGKIT DARI TIDUR DAN MELIHAT PINTU BILIK TERBENTANG LUAS, SEGERA KU CAPAI TOMBOL PINTU DAN MENUTUP PINTU SEKETIKA BAGI MEMEBERI PELUANG UNTUKU MENCAPAI APA SAJA BENDA ALAH YANG BOLEH DIJADKAN SENJATA.LANTAI KU CAPAI SEBATANG KAYU DI BELAKANG PINTU DAN PANTAS MEMBUKA PINTU, AYAHKU SUDAH BERSEDIA DENGAN SENJATANYA. KETIKA KELUAR DARI BILIK, LOKASI PERTAMA YANG AKU TUJU IALAH SLIDING DOOR. PELIK, SLIDING DOOR KEMAS BERKUNCI, MATAKU MELILAU SEKELILING, DAN AKU TERLIHAT CERMIN DI ATAS SINKI DAPUR, LUAS TERBUKA, LANTAS KU BERLARI KE ARAH DAPUR, PINTU DAPUR JUGA TERBUKA, DENGAN SEKUAT HATI AKU MENJERIT KITA DIROMPAK. ABG IPAR DAN KAKAK KU LANTAS BANKIT, ABGKU YANG TIDUR DI BILIKNYA JUGA SEGERA MENDAPATKAN AKU. ABG IPARKU TERUS BERLARI KE DAPUR UNTUK MENGEJAR PENCURI, KERANA MENGIKUT CERITA IBUKU, KETIKA DIA MENJERIT MEMANGGIL NAMAKU, PEROMPAK BARU SAJA KELUAR BILIK DALAM 3-4 MINIT. TAMBAH YANG LEBIH MENGERIKAN, KEDUA PEROMPAK BERKENAAN BERSENJATAKAN KERAMBIT DAN PARANG. HANYA IBUKU YANG SEDAR KETIKA KEJADIAN BERLAKU.
CERITA IBU :
PADA MULANYA PINTU BILIK MEMANG DITUTUP TAPI TIDAK DIKUNCI, KERANA MEMIKIRKAN CUCU2 YANG TIDUR DI LUAR BERSAMA ABG DAN KAKAK IPARKU TERJAGA MALAM HENDAK KENCING. PINTU DIBUKA DARI LUAR. IBU TERSEDAR KERANA SILAU CAHAYA DARI LUAR DAN TERNAMPAK KELIBAT 2 ORANG MEMASUKI BILIK DAN MULA MENANGKAT LAPTOP YANG TERLETAK DI ATAS MEJA. KERANA MENYANGKAKAN PEROMPAK TERSEBUT ADALAH ABG YANG HENDAK BERMAIN LAPTOP, IBU BERSUARA, BUAT APA PAGI2 ROQ MAIN LAPTOP, ESOK NAK DRIVE JAUH(ABG KEESOKKAN HARINYA PLAN PERGI SARIKEI UNTUK MENGUTIP DURIAN). LANTAS PEROMPAK TERBABIT MELURU KE ARAH IBU YANG MASIH TERBARING DI KATIL.” JANGAN BISING!!!” IBUKU BARU TERSEDAR YANG PEROMPAK ITU BUKANLAH ABG TERUS IBU DENGAN NADA BERBISIK MERAYU SUPAYA JANGAN DIAPA2 KAN. DENGAN NADA MENGUGUT, PEROMPAK MEMINTA WANG TAPI IBU CAKAP TAK ADA, BERKALI2 KALIMAH ALLAH MAHA BESAR DIUCAPKAN IBU KERANA KERAMBIT SUDAHPUN TERPCAK DI LEHERNYA. INGATNYA KETIKA ITU, MEMINTA PERTOLONGAN DARI-NYA SUPAYA TIDAK DIAPA-APA DIA DAN KELUARGA. SALAH SEORANG PEROMPAK MELILAU SEKITAR BILIK MENCARI BARANG BERHARGA, SEMENTARA SEORGNG LAGI MENGAWASI IBUKU. DALAM LIMA MINIT SAHAJA PERKARA TERJADI. ANEHNYA AKU YANG TIDUR DI ATS LANTAI, DILINTASI PEROMPAK TERSEBUT MNCARI BARANG BERHARGA LANGSUNG TIDAK TERSEDAR. SETELAH ITU PEROMPAK BERGEGAS KELUAR DARI BILIK DAN LENYAP, KETIKA ITULAH IBUKU MENJERIT MEMANGGIL NAMAKU.
BARANG HILANG:
LAPTOP, EPAD, HANDPHONE, DSLR, HANDBAG,JAM TANGAN DAN DURIAN. ITULAH BARANG2 YANG DILARIKAN PEROMPAK TERBABIT. SEMPAT JUGAK AMBIK DURIAN KAT LUAR RUMAH BAWAK BEKAL.
LESSON LEARNT :
BAGI PEMILIK2 RUMAH YANG HENDAK MASUK KE RUMAH BARU, PASTIKAN RUMAH ANDA BERGRIL TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGHUNINYA. PASTIKAN SEMUA TINGKAP BERTUTUP/BERLANGSIR BAGI MENYUKARKAN PEROMPAK SEBEGINI MENGINTIP SEGALA PERGERAKAN ORANG DI DALAM RUMAH. LETAK KAN DIRI ANDA DALAM MODE TIDUR YANG TETAP BERJAGA. SUPAYA ANDA CEPAT SEDAR SEKIRANYA TERDENGAR BUNYI2 YANG MENCURIGAKAN. PAGARI RUMAH DENGAN SOLAT DAN BACAAN AYAT SUCI ALQURAN. TIADA YANG LEBIH BERKUASA SELAIN DARI-NYA. SEKEBAL MANAPUN ILMU MANUSIA DI DUNIA, TANPA IZINYA, RANTING DI GERGAJI PUN X AKAN PATAH. JIKA KAWASAN PERUMAHAN YANG ANDA BARU DUDUKI ITU MASIH SUNYI, BINCANG DENGAN AHLI KELUARGA UNTUK BERGILIR-GILIR BERJAGA MALAM. INI MUNGKIN SUSAH, TAPI UNTUK SEMENTARA SAJA.
SEKIAN SAHAJA ENTRI PADA KALI INI. BUAT PENGETAHUAN ANDA, ROMPAKAN BERKENAAN TIDAK BERHENTI DI RUMAH SAYA SAHAJA. JIRAN DI DEPAN RUMAH TURUT MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA, BUT EVEN WORST. KEJADIAN BERDARAH SEBELUM KRISMAS 2013.

No comments:

Post a Comment

thanks!:)