Friday, November 21, 2014

TEMPAHAN SNOW CHEESE BIRTHDAY CAKE

Assalamualaikum...

Tempahan ni di order oleh seorang isteri yang nak surprise kan husband beliau. Katanya nak cake yang simple je dan budget. So dia order Snow Cheese Cake. Bagi pendapat saya cak ni sangat sesuai kerana kek nya ringan dan cheezy. Tak lah muak makan kek ni sebab kek nya hanya span biasa cuma frostingnya dan topping je yang berunsur cheese. 

kek ni sangat mudah di sediakan cuma bab parut cheddar cheese je saya malas heheheh...leceh =,=
Tengok gambar kek ni pun saya dah terliur nak makan. Almaklum lama dah tak buat kek ni untuk makan2 sendiri. Nanti ada kelapangan masa nak buat kek ni untuk di buat melahap :P

Kek ni sesuai di hidang sejuk dan semasa menyimpan kek dalam peti ais haruslah simpan dalam kotak / bekas bertutup bagi mengelakkan cheddar cheese tu mengeras.



Atas permintaan customer, dia nak Surprise Inside Cake iaitu Choc M&M's :)


Sekian, terima kasih.

TEMPAHAN RED VELVET DAN CHOC MOIST CUPCAKE

Assalamualaikum...

Cupcake ni tempahan daripada seorang cikgu sekolah iaitu customer tetap saya jugak. Red Velvet sebanyak 30 biji dan Moist Choc Cupcake sebanyak 16 biji.

Terima kasih customer kmk ;)



Sekian, terima kasih

TEMPAHAN CREAMY CREAM PUFF

Assalamualaikum...

Lama dah tak menulis entry di blog ni, lately ni bz sangat2...hehehe...Salam Jumaat semuanya, diharapkan sihat sejahtera hendaknya. Amin

Kali ni nak share picture Creamy Cream puff hasil daripada air tangan saya sendiri, Alhamdulillah telah mendapat sambutan daripada customer2 saya. Dulu punyalah payah nak menjadi puff saya ni sampai banyak kali try and error. Sebenarnya buat puff ni ada teknik nya tersendiri. Harus di fahami resipi sebaiknya.

Bab fillingnya pulak saya suka custard + whipping cream, memang mavelos ualls :)
Lemak berkrim dan sekali try nak lagi. Makan sejuk2 memang superbb. Okehh tak payah nak banyak cerita lagi. Jom tengok tempahan puff dari customer2 saya. Terima kasih customer kamek ;)









Sekian, Terima kasih

Wednesday, November 5, 2014

TEMPAHAN CUPCAKE

Assalamualaikum...

2 hari lepas saya ada menerima tempahan cupcake daripada regular customer saya. Katanya nak gunakan cupcake tu pada hari ini, 5 Nov 2014. Harap2 beliau suka dengan hasil tangan dari saya. 

Red Velvet Cupcake sebanyak 25 pcs. Cupcake pula di tulis dengan perkataan "Good Luck Kak Yatie", memang untuk seseorang cupcake ni sebagai hadiah. :)

Mint Choc Chips pulak sebanyak 16 pcs. Saya suka makan cupcake perisa ni sebab bagi saya cupcake ni rasanya sangat menyegarkan dan rasa yang ringan. Tergigit pulak choc chips di dalam cupcake amat mengasikkan hehehe...

Ok jom kita tengok gambar cupcake dari saya...








Sekian, terima kasih 

Wednesday, October 29, 2014

CUPCAKE HANTARAN UNTUK PERTUNANGAN SALWA

Assalamualaikum...

Cupcake ini di tempah khas oleh Salwa untuk hantaran pertunangan Salwa, iaitu dulang dari pihak perempuan. Katanya pasangan beliau, Azuan meminati perisa choc. So saya wat Moist Choc Cupcake. Deco pun saya wat yang simple2 je.



Di harap tuan punya badan berpuas hati dengan hasil dari saya.


Sekian, terima kasih.

DESSERT BUFFET UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN SALWA

Assalamualaikum...

Kami sekawan dah berpakat nak surprise kan Salwa pada majlis beliau. So kami semua decide nak wat DESSERT BUFFET. 

Menu dessert pulak adalah Creamy Cream Puff, Mini Moist Choc Cupcake dan Red Velvet Choc Cheese Tumpah@Leleh.






Sekian, Terima Kasih.

MAJLIS PERTUNANGAN SALWA & AZUAN

Assalamualaikum...

Kali ni turn salwa pulak yang melangsungkan majlis pertunangan beliau dan pasangan, Azuan. Majlis ini diadakan pada 24 October 2014 yang lalu. Sungguh meriah sekali dengan kehadiran keluarga pihak lelaki dan perempuan, tak lupa jugak kami iaitu sahabat karib salwa. hehehe. Memang meriah dengan kami yang suka sangat nak snap pic. Pelbagai possing je. 

Majlis ni diadakan pada selepas Asar iaitu pukul 4 petang. Pada sebelah malam iaitu selepas majlis selesai, orang ramai boleh karaoke. Tema untuk majlis dari sebelah pihak perempuan ialah warna biru manakala sebelah lelaki ialah warna purple. So kami sekawan pakat pakai baju warna pink or merah dan tugas kami adalah sebagai dulang girls :)

Dari pihak perempuan terdapat 11 dulang berbalas 8 dulang dari pihak lelaki. Barang dari pihak perempuan terdiri daripada buah-buahan, 3 biji kek lapis Sarawak, chocolate dari Famous Amous, tebaloi dan sagu (iaitu sejenis makanan dari kaum Melanau), tuala, cupcake, buku dan set wallet dan tali pinggang.

Dari pihak lelaki pula sebanyak 8 dulang iaitu: buah-buahan, 1 set beg tangan dan wallet Furla, manisan seperti gula2, tuala, sepasang kain untuk nikah dan 2 bentuk cincin.

Makanan di hidangkan pun sangat sedap. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Salwa dan Azuan.




 






Sekian, Terima Kasih.