As salam & Selamat
Kali ni nak share resipi karipap pulak...dh 2 minggu tringin nak mkn karipap sardin setelah mbelek2 resipi drpd blog Kak Azie...sy lbh prefer inti sardin sbb xsuka kari...hehhee...sbb takut pedas..hahaha...karipap nih klau wat sendiri mmg puas hati mkn...klau yg beli tkt pula xmemenuhi citarasa...
Sy klau bab mgelim ni mmg fail abis....so guna acuan karipap je ye...bagi sy nak wat karipap ni biar ada mood rajin dtg dulu sbb wat karipap ni byk keja kena buat, mkn nya senang je masuk ke mulut :)
Di sini sy sertakan resipi yg di perolehi dr blog Kak Azie serta gamba2 sbg panduan
~~Selamat Mencuba~
Karipap Sardin
Sumber / Rujukan : Azie Kitchen
Bahan kulit;
500 gm tepung gandum
170 gm majerin (cairkan)
225 ml air sejuk (dr peti ais) - guna sikit2
Sedikit garam
1. Cairkan majerin atas api kecil hingga
mendidih.
2. Dalam bekas besar satukan tepung & garam.
Buat lubang di tengah2 lalu masukkan majerin cair tadi. Gaul sebati hingga menjadi
seperti serbuk roti.
3. Tuang air sedikit2 hingga menjadi
doh yg lembut & xmlekat kat tangan. Part ni sy xguna air sampai habis, sila tuang air sikit2 ye
4. Setelah doh di uli sebati masukkan
doh dlm plastic / wrap, rehatkan doh dlm peti ais kejap.
Inti Sardin;
1 biji bawang besar (cincang halus)
2 biji bawang merah (cincang halus)
1 biji cili merah (dihiris)
1 tin sardin (saiz sederhana) - guna isi shj
2 biji ubi kentang (direbus & potong dadu)
Daun sup & daun bawang
Perasa / garam
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang
hingga layu, masukkan cili, sardin (isi sardin jgn terlalu hancur). Gaul sebati.
2. Masukkan ubi kentang & daun sup, daun
bawang & perasa. Sejukkan inti tadi.
Cara membuat karipap
v Canai doh tidak
terlalu nipis tidak terlalu tebal. (sy canai kecik2
je cukup saiz acuan karipap)
v Letakkan inti (jgn byk sgt nanti susah nak tutup doh).
![]() |
letakkan sedikit inti sardin dlm doh |
v Setelah siap
bolehlah di goreng dlm myk yg byk dan sebelum tu mesti tggu sehingga minyak benar2 panas k. Goreng
dgn api perlahan.
![]() |
karipap comel sy bposing..heheh =P |
No comments:
Post a Comment
thanks!:)